Connect with us

Berita Lain

Selepas 4 Jam, Proses Ambil Keterangan Rosmah Masih Berjalan


PUTRAJAYA – Proses mengambil keterangan isteri bekas perdana
menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan kes SRC International Sdn
Bhd dipercayai masih berjalan selepas lebih tiga jam beliau tampil di ibu
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.
Rosmah yang datang menaiki kenderaan Mercedes-Benz  tiba pada 10.43 pagi masih belum keluar dari
perkarangan bangunan tersebut setakat 1.30 tengah hari ini.

Beliau yang berpakaian baju kurung berbunga berwarna biru
dan bertudung merah serta membawa beg berwarna merah ditemani anaknya Nooryana
Najwa Mohd Najib.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seorang pegawai SPRM yang ditemui Bernama mengesahkan Rosmah
masih berada dalam bangunan berkenaan dan belum selesai memberi keterangan
berhubung kes itu.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan
berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM 
seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.
Pada Jumaat lepas, SPRM telah mengeluarkan notis kepada Rosmah
untuk memberi kenyataannya berkaitan siasatan SRC International.
Notis itu disampaikan oleh pegawai SPRM di rumahnya di Jalan
Langgak Duta, Taman Duta, di sini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan
mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan
terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu
yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.
SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel