Connect with us

Berita Lain

Jamal Sah Akan Bertanding Ketua Pemuda Umno

SABAK BERNAM – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri
Jamal Md Yunos mengesahkan keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda
Umno pada pemilihan parti itu tahun ini.
Jamal membuat pengumuman itu menerusi status dan gambar
borang pencalonan jawatan itu di Facebook rasminya, petang semalam.
“Alhamdulillah. Borang calon dah diisi. Umno, dulu kini
selamanya,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain jawatan Ketua Pemuda Umno, Jamal turut mengesahkan
bakal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang disandang
beliau pada masa sekarang.
Jamal dalam status berasingan memberitahu beliau tekad untuk
terus berkhidmat kepada rakyat menerusi saluran parti itu.
“Kita sepakat satu hati menjadikan UBSB (Umno Bahagian
Sungai Besar) lebih perkasa dan mantap… Insya-ALLAH, doa yang terbaik,”
katanya.
Jamal sebelum ini dilaporkan menjadi buruan polis selepas
menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain Jamal, tiga lagi nama mengumumkan bertanding bagi
jawatan tertinggi sayap berkenaan.
Tiga nama iaitu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan
Harun, Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli
Jamalullail Syed Harman.
Nama-nama calon untuk dipertandingkan dalam pemilihan Umno
perlu dikemukakan pada 23 Jun ini.
Penyandang jawatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula
menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden Umno.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel