Connect with us

Berita Lain

Siti Hasmah: ‘Kembali Bangga Jadi Rakyat M’sia Selepas 9 Mei’


Sebelum pilihan raya umum ke-14, banyak pemimpin Pakatan
Harapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia di luar negara malu untuk mengakui
dari mana mereka berasal, kerana banyak skandal yang menyelubungi negara.
Tetapi menurut Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia kini boleh sekali lagi
berbangga dengan negara mereka selepas pilihan raya umum pada 9 Mei.
Secara global, katanya, orang ramai mengagumi Malaysia pada
masa ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malah, bukan rakyat Malaysia di luar negara pun
bersorak bersama dengan rakyat Malaysia apabila kita menang pilihan raya kerana
mereka berasa sangat gembira.” katanya.
Kini, katanya, mereka boleh mengangkat kepala dengan penuh
rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
Dr Siti Hasmah menegaskan demikian semasa wawancara dengan
Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Beliau turut menyuarakan kekagumannnya terhadap usaha rakyat
Malaysia memulakan kutipan derma selepas kerajaan baru Pakatan Harapan
mengumumkan bahawa hutang dan liabiliti negara berjumlah hampir RM1 trilion.

Ini akhirnya menjadi asas kepada penubuhan Tabung Harapan
Malaysia. Setakat jam 3 petang semalam, Tabung Harapan telah mengumpul
RM35,772,017.10.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malah, Siti Hasmah mendedahkan bahawa rakyat biasa telah
menulis surat kepada Dr Mahathir. dengan melampir wang untuk membantu membayar
hutang negara.
“Mereka melampirkan RM10, RM50, RM100 bersama surat
mereka untuk membantu membayar hutang. Di mana anda boleh temui semua ini di
tempat lain di dunia?” Katanya.


Menurut Dr Siti Hasmah, rakyat Malaysia juga boleh berbangga
kerana mempunyai timbalan perdana menteri wanita pertama, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail.
Menurutnya, Wan Azizah sangat berkemampuan, kerana dia juga
seorang doktor, seperti Dr Mahathir dan dirinya sendiri.
“Beliau seorang doktor mata, jadi beliau tentunya
mempunyai visi yang baik untuk masa depan,” kata Siti Hasmah berseloroh.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel