Connect with us

Berita Lain

PM Mahathir Mulakan Lawatan Kerja Ke Jepun


TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini Ahad untuk
lawatan kerja tiga hari yang padat ke ibu negara Jepun, lawatan pertamanya ke
luar negara selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang ketujuh, bulan lepas.
Aturcara lawatan Dr Mahathir ke Jepun mengandungi senarai
panjang acara, mesyuarat dan temu bual media, bermula dengan majlis makan malam
bersama komuniti rakyat Malaysia di negara ini.
Pesawat yang membawa pemimpin Malaysia yang berkarisma itu
mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira 4.55 petang
Ahad. Malaysia satu jam di belakang Jepun.


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dr Mahathir, yang berada di sini khusus untuk menghadiri
Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24 mulai
hari ini hingga 12 Jun, diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan para
pegawai Kementerian Luar.
Turut menyambut ketibaannya di lapangan terbang ialah Naib
Menteri Parlimen bagi Hal Ehwal Luar Jepun Iwao Horii, Duta Besar Jepun ke
Malaysia Makio Miyagawa dan juga Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan
Idris.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Pada Persidangan Nikkei, ucapan Dr Mahathir akan berkisar di
sekitar tema persidangan ‘Keeping Asia Open – How to Achieve Prosperity and
Stability’.
Satu lagi acara utama lawatan Dr Mahathir adalah bertemu
dengan rakan sejawatannya Shinzo Abe, dan juga menghadiri beberapa siri
perbincangan dengan pemimpin perniagaan Jepun dan wakil industri perbankan.

Beliau juga dijangka menyampaikan ucapan berhubung tema
persidangan, Hubungan Malaysia-Jepun di bawah Pentadbiran Baharu Tun Dr
Mahathir pada satu majlis di House of Councillors.
Juga menarik perhatian adalah interaksi perdana menteri
dengan media Jepun pada majlis dialog di Japan National Press Club.
Dr Mahathir akan berlepas pulang ke tanah air pada Selasa.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel