Connect with us

Berita Lain

‘Sekarang masa untuk berkerja’ – Shafie Apdal

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat



WAKIL rakyat perlu fokus kepada aspek pembangunan negeri, termasuk menyelesaikan isu berkaitan tanah serta bekalan elektrik dan air, terutama di kawasan yang belum menerima kemudahan berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan, semalam.


Beliau berkata, masa berpolitik sudah berlalu selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan kerajaan kini memberi fokus kepada aspek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.


“Wakil rakyat perlu beri keutamaan kepada isu terbabit agar rakyat mendapat pembelaan sewajarnya oleh kerajaan negeri yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan selepas memenangi pilihan raya lalu.


“Kita berpolitik sudah agak lama dan inilah masanya kita beri tumpuan kepada pembangunan negeri ini,” katanya.


Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri akan memastikan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan dapat dirasai pada semua peringkat masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memberi keutamaan dalam mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada anak negeri ini.


“Ketika ini keadaan ekonomi tidak begitu baik, justeru kita akan melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan keadaan ekonomi berada pada landasan yang betul.


“Dalam tempoh setahun dua ini, kerajaan negeri akan berusaha meletakkan kedudukan kewangan negeri berada pada landasan kukuh,” katanya.


Beliau berkata, dalam usaha itu penstrukturan semula beberapa agensi di peringkat negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilaksanakan, selain mewujudkan kementerian baharu seperti Pelajaran dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.


“Ini demi memastikan rakyat akan mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel