Connect with us

Berita Lain

Cadang mansuh Cukai Pelancongan – MAH



PERSATUAN Hotel Malaysia (MAH) mencadangkan supaya Cukai Pelancongan yang dikenakan kepada pelancong asing dimansuhkan dan perkhidmatan Airbnb dikawal selia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Presidennya, Cheah Swee Hee berkata, cukai pelancongan yang mula diperkenalkan pada tahun lalu tidak menggalakkan pelancong asing untuk menetap lebih lama kerana cukai itu dicaj mengikut penginapan setiap malam.


Katanya, ketika ini kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian berhubung cukai ini.


“Kami ada berbincang mengenai cukai ini (dalam pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK). Perlu cari langkah penyelesaian bagi memastikan ia adil kepada semua pihak.


“Pada masa ini, kadarnya adalah kadar rata dan ia tidak menggalakkan pelancong asing untuk menetap lebih lama.


“Langkah terbaik sudah tentu memansuhkannya kerana ia akan menggalakkan kehadiran lebih ramai pelancong.


“Namun, sudah tentu perkara ini perlu dibincangkan dengan kerajaan terlebih dulu,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan MPK di Menara Ilham di Kuala Lumpur, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kerajaan mula melaksanakan Cukai Pelancongan berkuat kuasa 1 September tahun lalu ke atas pelancong asing saja pada kadar RM10 untuk setiap bilik bagi satu malam.


Ia selepas Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz diluluskan dengan undian majoriti pada sidang Dewan Rakyat pada April tahun lalu.


Mengenai Airbnb, Swee Hee berpendapat perkhidmatan penawaran penginapan hotel tidak berlesen itu perlu dikawal selia.


“Pengawalseliaan ini bagi memastikan semua pihak dilayan sama adil dalam industri perhotelan ini,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel