Connect with us

Berita Lain

Daim: ‘Terdapat Begitu Banyak 1MDB Mini’


Pentadbiran Pakatan Harapan menemui banyak kesilapan yang
membabitkan agensi kerajaan dan GLC, kata Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai
Majlis Penasihat Kerajaan.
“Terdapat begitu banyak sekali 1MDB mini,” katanya
kepada Bloomberg.
“Saya terkejut dengan kehilangan (wang), saya masih
mengumpul jumlah keseluruhannya, tetapi jumlah berkenaan adalah besar, jika
kamu menjumlahkannya, ia besar, sangat besar.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika ini, polis dan SPRM sibuk mempersiapkan pertuduhan
terhadap urusan skandal 1MDB, manakala kementerian kewangan pula sedang
meneliti apa yang dipanggil “fail merah” dan menemui banyak keputusan
perniagaan yang meragukan oleh pentadbiran terdahulu.
Sebaliknya, Majlis Penasihat Kerajaan telah mengadakan
puluhan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan dan pengurus dana berkaitan
kerajaan.
Daripada pertemuan-pertemuan itu, Daim mengenal-pasti jumlah
penyalahgunaan yang berlaku.
“Mereka tidak faham bahawa mereka diletakkan dalam
jawatan dengan penuh kepercayaan,” kata Daim.

“Dan kamu perlu pastikan setiap sen yang dibelanjakan
itu dibelanjakan dengan betul. Tidak seharusnya berlaku sebarang penyalahgunaan
dan kamu mesti bertanggungjawab terhadap setiap sen.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sejak sebulan kebelakangan ini, terdapat banyak peletakan
jawatan oleh ketua beberapa agensi kerajaan dan GLC. Ketua sesetengah institusi
seperti SPRM, Bank Negara, Perbendaharaan dan Jabatan Peguam Negara sama ada
meletak jawatan atau dikeluarkan.
Sementara itu, Daim, yang juga adalah bekas menteri
kewangan, berkata pentadbiran HARAPAN akan menyelesaikan masalah fiskal negara
dengan membanteras rasuah dan mengatasi ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.
Beliau berkata bahawa sistem perolehan atau pembelian negara
akan lebih banyak dilaksanakan melalui sistem tender terbuka dan menggalakkan
“personaliti politik” berundur daripada GLC.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel