Connect with us

Berita Lain

Jho Low Pelajar Pintar


Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, merupakan
seorang pelajar cemerlang di sekolahnya di Pulau Pinang.
Sinar Harian memetik sebuah portal melaporkan, gurunya
berkata Jho Low adalah seorang pelajar pintar dan disenangi rakan sekelasnya.
“Dia seorang pelajar pintar dan sangat berjaya,” katanya.
Bagaimanapun, guru yang tidak mahu namanya disiarkan
berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan bekas anak muridnya itu.
Jho Low bersekolah di Sekolah Antarabangsa Uplands
pertengahan 1990-an dan mengambil peperiksaan O-Levelnya di sebuah sekolah
swasta sebelum meneruskan pengajian di Harrow School di London.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum itu, Jho Low merupakan bekas pelajar Sekolah
Menengah Chung Ling.
Seorang rakan sekolahnya yang hanya mahu dikenali sebagai
Jack berkata, Jho Low adalah pelajar yang merendah diri walaupun semua
rakan-rakannya tahu latar belakang keluarganya yang sangat kaya.
“Dia bukan pelajar popular, mungkin kerana penampilannya,
dia berasa sedikit rendah diri maka itu dia tidak mahu kelihatan popular,”
katanya.
Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga, Jason Ong
Khan Lee yang merupakan rakannya ketika kanak-kanak memujuk jutawan itu untuk
menyerah diri.
“Saya juga akan menasihati beliau mendapatkan peguam
terbaik. Sama seperti bagaimana Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberitahu
Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), “katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ong juga menggesa orang ramai agar tidak membuat kesimpulan
dan tidak menuduh tanpa pendakwaan.
Jho Low merupakan individu paling dikehendaki bagi membantu
siasatan ke atas skandal kewangan 1MDB.
Dia didakwa menjadi antara dalang dalam menyalurkan
berbilion-bilion dari dana pelaburan nasional itu.
Skandal itu juga dikatakan salah satu punca utama di sebalik
kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel