Connect with us

Berita Lain

Nilai RM35 juta munasabah – Len Talif



NILAI RM35 juta bagi perolehan pesawat peninjau ‘DA42M-NG Diamond’ bagi kegunaan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) cukup munasabah kerana membabitkan pakej jangka panjang selama lima tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, ia merangkumi harga pesawat strategik itu, termasuk teknologi sistem pengawasan terkini, selain peralatan misi, jaminan pembelian, sokongan teknikal dan latihan pelaksanaan.


“Perlu diperjelaskan bahawa kos pemerolehan aset berkenaan bukan datang dari pihak kerajaan negeri, bahkan ia dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Cadangan untuk mendapatkan teknologi berkenaan dihantar oleh JHS dan diserahkan kepada kementerian terbabit.


“Pemerolehan aset itu kemudian diluluskan Kementerian Kewangan dan Majlis Jemaah Menteri pada 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Ia sebagai maklum balas terhadap tindakan Timbalan Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Tiga, Kuching, kerana mendakwa harga pembelian ‘DA42M-NG Diamond’ bernilai RM35 juta adalah tinggi, berbanding harga sepatutnya dalam lingkungan RM3.5 hingga RM5 juta sahaja.


Pesawat dua tempat duduk itu, yang boleh dikendalikan tanpa juruterbang secara kawalan jauh, dikeluarkan firma aeroangkasa Austria, Diamond Aircraft Industries, berpangkalan di Vienna.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menerusi pembelian pesawat itu, ia akan diletakkan di bawah pengoperasian JHS, manakala proses penyelenggaraan dikendalikan Hornbill Skyways.


Beliau berkata, JHS adalah agensi bertanggungjawab menguruskan pesawat peninjau berkenaan kerana memiliki kepakaran dimiliki, terutama membabitkan kumpulan petugas dari Unit Pembangunan Aplikasi Sistem (SADU).


“Di bawah projek terbabit, JHS akan berkongsi kepakaran dan perkhidmatan mereka bersama agensi kerajaan lain yang memerlukan penggunaan pesawat peninjau itu digunakan di mana-mana lokasi d seluruh negara,” katanya.


Menurutnya, pendaftaran pesawat peninjau itu dalam proses ujian di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan bukan di bawah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) seperti didakwa.


“Projek berkenaan tidak bertujuan bagi mendapatkan keuntungan ekonomi, tetapi menjurus kepada kajian, pengurusan dan pemantauan hutan dan sumber alam,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel