Connect with us

Berita Lain

PM: ‘Kerajaan Tak Akan Lagi Bayar Haji Guna Wang Curi ‘

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ketika majlis makan malam di Tokyo bersama warga Malaysia yang menetap di Jepun.


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata
kerajaan tidak lagi akan menghantar jemaah untuk menunaikan haji dengan
menggunakan wang yang dicuri.
Beliau jelas menyindir “program amal” Yayasan 1MDB
yang menaja perjalanan haji percuma.
“Ramai orang tidak akan dapat melaksanakan haji kali
ini kerana kerajaan tidak akan membayar haji mereka dengan wang yang dicuri.
“Jika anda mahu, kita boleh mencuri dan bayar, tetapi
kita tidak percaya pada cara mencuri wang,” katanya ketika berucap pada
majlis makan malam di Tokyo dengan warga Malaysia yang menetap di Jepun, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan
rakan-rakannya dituduh memperalatkan 1MDB untuk menyalahgunakan dana daripada
syarikat milik negara itu.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam
untuk keuntungan peribadi.
Mahathir turut berkata kerajaan baru Pakatan Harapan
terpaksa memulihkan negara dan menangani hutang besarnya RM1 trilion.
“Orang yang sudah mempunyai kehidupan yang cukup baik
tidak akan mendapat bantuan HARAPAN seperti BR1M.
“Kami tidak menyebutnya BR1M, kami memanggilnya dengan
nama lain kerana kami tidak mahu mewarisi kebiasaan buruk mereka (kerajaan
sebelumnya),” katanya


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Beliau juga memuji mereka yang menyumbang kepada Tabung
Harapan Malaysia, yang ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai menderma
bertujuan membayar hutang negara.
“Ada sesetengah orang membuat keputusan mereka mesti
mendermakan wang kepada kerajaan dan bukannya disebabkan desakan kerajaan.
“Sekarang, kita telah kumpulkan lebih daripada RM40
juta. Sudah tentu, apabila anda perlu membayar RM1 trilion (hutang negara),
maka jumlah RM40 juta bukanlah besar mana tetapi isyaratnya itu yang amat
dihargai.
“Saya sangat berterima kasih kepada mereka, kami sangat
berterima kasih kepada mereka, walaupun di sekolah-sekolah, murid-murid
mengumpul wang untuk didermakan kepada kerajaan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel