Connect with us

Berita Lain

‘Dah lama arah tangkap Jho Low’

MUHYIDDIN yakin Ketua Polis Negara dan PDRM akan mengambil langkah sewajarnya bagi menahan Jho Low (gambar kecil) FOTO Essa Abu Yamin



KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sudah lama mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap dan membawa pulang ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin Ketua Polis Negara dan PDRM akan mengambil langkah sewajarnya bagi menahan Jho Low.


“Jawatankuasa Petugas Khas 1MDB akan membuat keputusan tetapi arahan menangkap Jho Low dan dibawa pulang sudah lama saya minta PDRM buat.


“Tunggulah. Pihak bertanggungjawab termasuk PDRM akan mengambil langkah sewajarnya,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, hari ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, diminta mengulas sama ada Jho Low akan ditahan dan dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.


Selasa lalu, Jho Low muncul di Dubai dan memaklumkan sedia menjawab soalan penyiasat berhubung 1MDB tetapi perlu dilakukan di negara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sumber kerajaan berkata, sebelum pertemuan itu berlangsung, peguam Jho Low akan terlebih dulu berbincang dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dubai mengenai aspek siasatan yang boleh dibantu oleh anak guam mereka.


Bagaimanapun, Wall Street Journal melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menolak tawaran Jho Low itu yang disampaikan menerusi orang tengah.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel