Connect with us

Berita Lain

Doktor ‘tumbang’ selepas tak berhenti buat pembedahan



SEORANG pakar bedah kehamilan rebah selepas melakukan empat pembedahan berturut-turut.


Yi Xianyou, 42, yang hamil lima bulan, telah dipuji sebagai ‘doktor contoh’ selepas satu video menunjukkan dia rebah keletihan akibat berkerja seharian, lapor Kankan News, Rabu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pengarah ginekologi itu telah melakukan empat pembedahan dari jam 9 pagi hingga 4 petang tanpa rehat di sebuah hospital di bandar Zhangjiajie, wilayah Hunan, selatan China.


Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan dia sedang duduk tersandar untuk mendapatkan oksigen.


“Sepanjang proses dia tidak mempunyai rehat,” jururawat Xiong Chunbo dipetik sebagai berkata.




“Dia tak cukup oksigen, gula dalam darah sedikit rendah dan berasa tak selesa. Dia tidak boleh berdiri selepas pembedahan, jadi kami suruh dia duduk dan bernafas untuk mendapat lebih oksigen.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Doktor itu mengalami keletihan dan hipoksia, oksigen tidak mencukupi untuk mencapai tisu, menurut Kankan.


“Dia melakukan pembedahan dengan sangat baik dan biasanya melakukan tiga hingga empat pembedahan dalam sehari, kadang-kadang lima, dengan purata 80 hingga 100 sebulan,” kata ketua jururawat Lin Wei.


Tetapi Xianyou mempunyai pendirian tentang kerjanya.


“Anda mempunyai tanggungjawab untuk pesakit,” katanya.


“Setelah pembedahan selesai, saya akan duduk dan berehat. Saya kemudian berbaring dan itu membuatkan saya berasa lebih baik.” -South China Morning Post


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel