Connect with us

Berita Lain

‘Minta maaflah, saya tak kisah’ – Muhyiddin

MUHYIDDIN ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilifitri Parlimen Pagoh. FOTO Essa Abu Yamin



“Sebenarnya, saya sudah tidak peduli hal UMNO dan tidak mahu dengar lagi.”


Itu reaksi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaku tidak lagi berminat mengambil tahu hal-ehwal UMNO.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Malah, beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO menyifatkan zaman parti keramat itu sudah berlalu selepas terpalit dengan pelbagai isu dan skandal termasuk politik wang.


“Minta maaflah, saya tak kisah siapa nak bertanding apa itu hak dialah… Saya tak nak komen. Semua saya kenal mereka di sana.


“Jadi, saya tak kisah sangat siapa nak bertanding, nak menang presiden ke timbalan ke, itu bukan perkara untuk kita bagi perhatian… Hak merekalah,” katanya.


Muhyiddin mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti, akhir bulan ini.


Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di Muar, hari ini.


Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang juga Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda PPBM.


Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menerusi laman sosial Instagram, Ahli Parlimen Rembau itu memuat naik borang penamaan calon yang mengesahkan beliau akan bertanding jawatan nombor satu parti itu.


Kenyataan ringkas Khairy itu mengesahkan jawatan presiden ketika ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid; Tengku Razaleigh dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel