Connect with us

Berita Lain

Myvi bertembung Myvi

SHARUDIN Hussin, 41, maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta lain dalam kejadian di Jalan Lundang Paku-Kemubu di Kampung Gondang, Ketereh. FOTO Ihsan pembaca



PENGAWAL keselamatan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta lain di Jalan Lundang Paku-Kemubu di Kampung Gondang, Ketereh, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa Sharudin Hussin, 41, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Bahagian enjin kereta mangsa turut terbakar, namun dapat dipadamkan sebelum merebak.


Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum kejadian mangsa memandu kereta Perodua Myvi warna hijau dari arah Pendek menghala ke Kemubu.


Katanya, apabila tiba di tempat kejadian berhampiran Klinik Desa Gondang, Ketereh kenderaan mangsa dipercayai secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.


“Kereta mangsa kemudian bertembung dengan Perodua Myvi warna kelabu yang datang dari arah bertentangan.


“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan maut di tempat kejadian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Pemandu sebuah lagi kereta berusia 40 tahun, cedera di kepala dan sakit di dada sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel