Connect with us

Berita Lain

Wanita dihempap troli dapat RM180j



New York: Seorang wanita mendapat ganti rugi lebih AS$45 juta (RM180 juta), tujuh tahun selepas mengalami kecederaan teruk akibat ditimpa troli yang ditolak dua remaja lelaki dari aras empat sebuah pusat beli-belah, di Manhattan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Marion Hedges ditimpa troli berkenaan ketika membeli-belah bersama anak lelakinya, Dayton yang ketika itu berusia 13 tahun pada Oktober 2011. Ketika kejadian, dia berada di aras bawah dan troli itu jatuh dari ketinggian lebih 21 meter dan menimpa kepalanya.


Rakaman kamera keselamatan menunjukkan Marion terus pengsan sebelum berhenti bernafas dan dikejarkan hospital. Dia mengalami kecederaan otak serius dan hingga hari ini mempunyai kesukaran fungsi kognitif, hilang ingatan serta gangguan penglihatan, kata peguamnya, Thomas Moore.


Marion dan keluarganya menyaman pusat beli-belah berkenaan dan syarikat yang bertanggungjawab terhadap keselamatan di kawasan awam lokasi berkenaan, termasuk laluan di mana dua remaja terbabit menolak troli berkenaan.


Susulan itu, Jumaat lalu, juri memutuskan Marion menerima ganti rugi kira-kira AS$41 juta (RM164 juta) manakala anak lelakinya menerima AS$2.5 juta (RM10 juta) dan suaminya pula AS$2 juta (RM8 juta).


Dua remaja lelaki berusia 12 dan 13 tahun ketika kejadian yang menolak troli berkenaan dianggap bertanggungjawab 10 peratus, manakala syarikat keselamatan serta pusat beli-belah terbabit masing-masing menanggung 25 peratus serta 65 peratus tanggungjawab terhadap kejadian itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Jumlah ganti rugi itu bagaimanapun boleh dirayu di depan hakim.


Dua remaja terbabit juga ditahan dan didakwa sebagai pesalah juvana sebelum ini.


Moore dalam hujahnya memberitahu mahkamah, syarikat keselamatan terbabit maklum mengenai pelbagai kejadian sebelum ini membabitkan barangan dibaling dari aras atas seterusnya membahayakan orang ramai, namun tidak pernah mengambil tindakan.


Rakaman kamera keselamatan menunjukkan tiga budak lelaki terbabit di aras empat sejurus sebelum troli itu ditolak. Seorang daripada mereka dilihat cuba menghalang rakannya dan melarikan diri selepas mereka menolak troli berkenaan.
– New York Times


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel