Connect with us

Berita Lain

Pembunuhan Altantuya: Polis Buka Semula Kertas Siasatan


Polis akan membuka semula kertas siasatan pembunuhan
Altantuya Shaariibuu, 12 tahun lalu dan akan merujuknya kepada Pejabat Peguam
Negara untuk tindakan lanjut.
Memetik laporan Malay Mail, perkara itu disahkan Ketua Polis
Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Polis akan menjalankan siasatan dan merujuknya kepada
timbalan pendakwa raya,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev membuat laporan
polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kes pembunuhan anaknya
itu.
Peguam Negara Tommy Thomas dan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dilaporkan bersetuju bahawa siasatan lanjut perlu dilakukan
mengenai pembunuhan Altantuya.
Terdahulu, Shaariibuu dan cucunya menyaman kerajaan Malaysia
serta tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan
Abdul Razak Baginda untuk ganti rugi RM100 juta atas kematian Altantuya yang
dibunuh antara 19 hingga 20 Oktober 2006.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Wanita berusia 28 tahun itu ditembak di kepala sebanyak dua
kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di
dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak
diketahui.
Azilah dan Sirul yang juga anggota Unit Tindakan Khas yang
menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara,
disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum
mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2
tahun.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel