Connect with us

Berita Lain

TRXC Akan Lapor Polis Berhubung Dana RM3 Bilion


TRX City Sdn Bhd (TRXC) akan membuat laporan polis berhubung
dana untuk pembangunan Tun Razak Exchange yang diambil oleh 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
Dalam laman webnya semalam, syarikat itu berkata, tindakan
akan diambil selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan semalam bahawa
sejumlah RM3.07 bilion, yang dimaksudkan untuk pembangunan TRX, telah
disalahgunakan oleh 1MDB.
Berikutan itu, TRXC tidak mempunyai wang yang cukup untuk
memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemaju utama TRX.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lim telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif TRXC, Datuk
Azmar Talib dan Ketua Pegawai Operasi, Tan Hwa Min untuk membuat laporan kepada
polis serta panel siasatan khas 1MDB.
TRXC kemudian dipindahkan ke Kementerian Kewangan pada 31
Mac 2017.
Sementara itu, Azmar berkata, syarikat itu mengalu-alukan
sokongan kementerian dalam menyiapkan pembangunan Tun Razak Exchange.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mempunyai
keyakinan terhadap TRX, daerah kewangan antarabangsa yang baharu di KL. Pelabur
kami akan melihat komitmen ini secara positif kerana ia mengesahkan pendirian
pro-perniagaan kerajaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami telah membuat kemajuan besar dengan projek ini
dan menarik ramai pelabur bertaraf dunia. Dengan sokongan yang sangat
diperlukan ini dan komitmen berterusan dari rakan kongsi kami, kami berharap
dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual dan belanjawan, untuk manfaat
Malaysia dan semua rakyat Malaysia,” katanya.
Sebagai daerah pusat perniagaan masa depan Kuala Lumpur, TRX
akan mengukuhkan kedudukan bandar raya ini sebagai pusat kewangan dan
perniagaan antarabangsa terkemuka, dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang
bersepadu dan lancar untuk firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional
dan perniagaan sampingan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel