Connect with us

Berita Lain

Najib Ingat Rakyat Bodoh ‘Tak Tahu’ Wang 1MDB Masuk Dalam Akaun, Kata Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam Datuk Seri Najib Razak yang
mendakwa tidak tahu wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masuk ke akaun
banknya.
“Tidak mungkin. Kerana saya perlu tandatangan untuk
guna wang itu. Untuk guna duit, saya perlu keluarkan cek.
“Najib selalu ingat rakyat bodoh,” kata perdana
menteri dalam wawancara dengan Malay Mail hari ini.
Dr Mahathir mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu
yang menyangkal aliran wang 1MDB, termasuk RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam Najib dilaporkan juga mendakwa beliau tidak tahu
berbilion-bilion dolar wang daripada 1MDB digunakan untuk membeli barangan
kemas isterinya.
Beliau juga mendakwa tidak tahu dana itu digunakan untuk
membeli lukisan mahal Picasso, kapal mewah Equanimity dan hartanah mewah di New
York.
Semua dakwaan pembelian itu dinyatakan dalam dokumen Jabatan
Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sewaktu menyiasat kes penggubahan wang haram
daripada tabung itu.
Dalam wawancara dengan Reuters semalam, Najib sebaliknya
menyalahkan pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB kerana tidak mendedahkan
penyelewengan itu kepadanya.
Dr Mahathir juga berkata mustahil bekas presiden Umno itu
tidak tahu-menahu tentang aliran wang 1MDB kerana semua urusan melibatkan
tandatangannya.
“Siapa mahu percaya beliau [Najib] tidak tahu apa-apa,
apabila beliau menurunkan tandatangan [atas namanya]?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Semua urusan wang keluar masuk untuk pinjaman RM42
bilion, semuanya tandatangan beliau,” katanya.
“Jika beliau memang tidak tahu, boleh jadi beliau tidak
faham [akibat] apa makna sesuatu tandatangan.”
Kelmarin, Mahathir memberitahu Reuters kerajaan mempunyai
“kes yang hampir sempurna” untuk mendakwa salah laku Najib dalam
urusan 1MDB.
Beliau juga menjangkakan tangkapan pertama skandal itu boleh
dibuat dalam tempoh beberapa bulan ini dan memulakan perbicaraan menjelang
hujung tahun.
1MDB menanggung hutang RM42 bilion sejak ia ditubuhkan pada
2009. Dr Mahathir mempertikai urusan mencurigakan itu sejak 2015.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel