Connect with us

Berita Lain

Najib: ‘Sebagai Bekas PM, Saya Patut Dilayan Dengan Baik’



Datuk Seri Najib Razak berharap sebagai bekas perdana
menteri beliau diberikan layanan baik tetapi serbuan polis terpaksa
dihadapinya.

Dalam wawancara dengan Reuters minggu ini, beliau mendakwa
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha memalukannya dan merosakkan
legasinya.
“Orang berharap seseorang bekas perdana menteri dilayan
dengan dekorum. Sebaliknya saya berdepan serbuan [polis] dan macam-macam lagi,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik portal Malay Mail, Najib berkata, kerajaan juga menyekatnya ke luar negara, menyiasatnya
berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan barangan kemas
keluarganya dirampas.


Sewaktu bercuti di sebuah hotel di Langkawi baru-baru ini,
menurut agensi berita itu lagi, anggota polis berpakaian biasa masih
mengawasinya.
“Saya tidak pernah termimpi untuk mengalami nasib ini,” kata
Najib.
“Kasut cucu saya juga dirampas. Di apartmen anak saya, jam
murah pembantunya juga diambil [polis]. Apa kena-mengena dengan siasatan 1MDB?”
“Mereka mahu merosakkan imej saya di mata orang ramai,”
tambahnya, yang menegaskan beliau tidak wajar dipersalahkan atas skandal besar
itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Di pulau peranginan itu, dengan membawa banyak bagasi, Najib
dan keluarganya didakwa ingin melarikan diri dari Malaysia.
Namun beliau menafikannya dan menegaskan ingin membersihkan
nama baiknya.
“Ini semua kempen kebencian… Mereka keluarkan pelbagai
tohmahan jahat untuk memalukan saya dan kerajaan [dulu]. Malangnya selepas
beberapa ketika, ia berjaya menukar tanggapan orang ramai,” katanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel