Connect with us

Berita Lain

‘Saya Semulajadi Jimat-Cermat, Bukan Lakonan’



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau
‘berlakon’ bagi menunjukkan dirinya mengamalkan sikap berjimat-cermat dengan
memakai selipar Bata berharga RM 11.99 dan membeli-belah di kedai runcit bajet
bagi mengelakkan dilabelkan boros berbelanja, lapor media tempatan.

“Saya tidak cuba menggambarkan hal sedemikian; saya
memang secara semula jadi seperti itu,” katanya dalam wawancara bersama
Malay Mail.
“Orang ramai tidak tahu gaya hidup saya. Saya sangat
berjimat-cermat. Saya tidak membazir wang. Saya tidak membeli perkara yang saya
tidak perlukan.
“Saya sangat berhati-hati mengenai cara saya
menghabiskan wang saya,” kata Dr Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kamu lihat, saya seorang yang tidak mempunyai hutang.
Saya tidak meminjam wang,” kata beliau.


Memetik portal Malaysiakini, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata beliau hanya mengambil
pinjaman untuk membina kediamannya yang telah segera beliau langsaikan.
“Jika saya meminjam, saya merasa dibebani bahawa saya
perlu membayar baliknya. Saya tidak mahu beban itu,” katanya.
“Saya tak beli apa-apa saham. Kamu boleh periksa. Saya
tak ada, kecuali 200 saham Malayan Tobacco yang saya beli sebelum saya menjadi
menteri, (pada tahun 1974),” katanya.
Sejak itu, beliau berkata tidak pernah membeli saham kerana
beliau sudah mempunyai pengetahuan sebagai ‘orang dalam’ kerajaan.


Mahathir berkata beliau hanya melabur dalam dana jemaah haji
Tabung Haji dan Permodalan Nasional Bhd.
Presiden BERSATU juga berkata beliau boleh membeli tanah di
Langkawi yang kemudiannya diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai pada tahun
1987, tetapi beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Masa itu, satu relung yang luasnya kurang separuh ekar
hanya berharga RM200 sahaja,” katanya.
Relung ialah unit ukuran Melayu kuno bersamaan kira-kira 0.7
ekar.


“Saya boleh membeli dan kemudiannya mengisytiharkan
bebas cukai Langkawi dan sekarang harga tanah seperti yang kamu tahu, satu ekar
boleh mencecah lebih daripada RM5 juta.”
Kekayaan Mahathir dan keluarganya menjadi tumpuan selepas
beliau mempersoalkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta setelah
beliau meninggalkan Umno untuk menyertai gerakan pembangkang sebelum PRU14.
Bulan lepas, NGO mesra Umno, Jaringan Melayu Malaysia
menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Mahathir
atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.


Anak-anak beliau, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Mirzan terkenal
dengan kekayaan mereka.
Mahathir menjelaskan beliau mengumpul wangnya melalui
kebiasaan sikap berjimat-cermat sementara anak-anaknya mengembangkan kekayaan mereka
melalui ikhtiar mereka sendiri.
“Saya tidak fikir memperkayakan diri kerana saya
mendapati saya sudah kaya,” katanya.
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel