Connect with us

Berita Lain

Zahid: ‘Khairuddin Bohong, Saya Tak Merangkak Nak Jumpa Dr Mahathir’


Calon presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan
dakwaan bekas ketua bahagian parti itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bahawa
beliau ‘merayu’ supaya mengatur pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
“Saya tidak pernah merangkak dan bukan saya yang
mengatur untuk berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Datuk Seri Khairuddin yang menuduh saya menipu itulah
yang menghubungi dan mengatur pertemuan dengan Tun Dr Mahathir,” kata
Zahid dalam suatu hantaran di Facebook.
Ketua Umno bahagian Bagan Datuk itu juga berkata orang luar
tidak perlu campur tangan urusan dalaman parti itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya berkata benar kepada ahli-ahli Umno. Orang luar
tidak perlu masuk campur dan membuat pelbagai andaian dan dakwaan apa yang saya
sampaikan demi untuk kepentingan dan kebaikan Umno,” katanya.
Semalam pemangku presiden Umno pada suatu majlis Umno
Kelantan di Kota Bharu menegaskan tidak pernah meminta nasihat daripada Dr
Mahathir Mohamad untuk menguruskan Umno.
“Saya tidak pernah meminta nasihat untuk Tun (Mahathir)
beritahu saya bagaimana untuk menguruskan Umno.
“Saya dan rakan-rakan tahu bagaimana untuk menguruskan
parti kami sendiri,” katanya.


Terdahulu, seorang lagi calon presiden Umno, Tengku
Razaleigh Hamzah secara tidak langsung menempelak pertemuan antara pemangku presiden
Umno dan Dr Mahathir itu.
Pemimpin veteran Umno itu berkata, beliau sesekali tidak
akan merayu kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan nasihat jika beliau pemangku
presiden Umno.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan pada 8 Jun
2018, mendedahkan Zahid Hamidi bertemu dengannya untuk mendapatkan nasihat
berhubung apa yang berlaku dalam Umno sehingga parti itu ditolak pada pilihan
raya umum ke-14.
“Dia nak tahu cara macam mana nak uruskan Umno. Jadi saya
berterus terang bahawa Umno sudah mengkhianati orang Melayu.
“Saya ingatkan kepadanya, kita tubuh Umno untuk tolong orang
Melayu tetapi kini Umno berubah dan mengutamakan kekayaan diri.

“Sebab itu Umno dibenci sekarang ini. Umno nak pulih susah.
Dulu dipandang mulia sekarang dipandang jijik,” katanya sebagaimana dipetik
wawancara khas bersama Sinar Harian.
Dr Mahathir ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan
kepada Zahid berhubung pertemuan itu, hanya berkata; “Saya kata dia fikir
sajalah apa yang saya katakan.”
Zahid merupakan pemimpin parti pembangkang ketiga selepas
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin PBB Datuk Seri Abang
Johari Abang Openg hadir berjumpa dengan Dr Mahathir selepas HARAPAN menang
PRU14.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel