Connect with us

Berita Lain

PDRM, Innterpol jamin Jamal tidak akan terlepas



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berusaha mengesan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Memetik laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya yakin dapat menangkap Jamal yang kini dipercayai berada di Indonesia.


“Satu hari nanti kita dapat dia (Jamal) juga. Kerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis Indonesia masih berlangsung dan mereka membantu kita mengesan Jamal.


“Butiran siasatan saya tidak dapat berikan secara terperinci tetapi pemburuan terhadapnya masih lagi berterusan,” katanya.


Jamal, 48, dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.


Pada 25 Mei lalu, beliau melarikan diri ketika proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri.


Jamal didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh


Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel