Connect with us

Berita Lain

Pemaju TRX Lapor Polis RM3 Bilion Diseleweng 1MDB


Pemaju induk untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) hari ini
membuat laporan polis berhubung pemindahan kira-kira RM3 bilion daripada
dananya kepada 1MDB dalam masa 5 tahun.
TRX City Sdn Bhd (TRXC) yang dimiliki Kementerian Kewangan
berkata, pemindahan itu dibuat berdasarkan arahan 1MDB dan “dilencongkan
daripada kegunaan asalnya”.
“Sebanyak RM3 bilion dipindahkan daripada TRXC kepada 1MDB
antara pertengahan 2012 sehingga awal 2017, semasa ia menjadi anak syarikat
1MDB, atas persefahaman ia akan dibayar semula kepada TRXC,” katanya dalam satu
kenyataan, lapor FMT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Minggu lalu, kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk
menyuntik RM2.8 bilion bagi menyiapkan projek TRX.

Menurutnya, keputusan itu diambil untuk mengurangkan
kebimbangan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing “yang sudah melabur
berbilion ringgit” dalam projek itu.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan wang
TRX disalahgunakan 1MDB.
Sebaliknya, beliau berkata, kira-kira RM3 bilion pinjaman
antara syarikat dibuat dari semasa ke semasa oleh TRXC kepada 1MDB dan ia
dibayar balik 1MDB berkuatkuasa 31 Mac 2017, melalui gabungan bayaran tunai
terhadap dividen yang dibayar TRXC kepada 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

TRX yang terletak di tanah seluas 70 ekar di tengah-tengah
ibu kota, disebut-sebut akan menjadi pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa
utama.
Ia adalah satu daripada 2 projek hartanah utama di bawah
payung 1MDB dimiliki TRXC, satu lagi ialah projek pembangunan Bandar Malaysia
di tanah seluas 486 ekar.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel