Connect with us

Berita Lain

PKNP Tolak Usul Bayar Pengarah Perak Corp


IPOH – Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengarahkan
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk menolak semua usul pembayaran Fi
Pengarah yang jumlahnya melebihi setengah juta yang diluluskan Perak Corp
Berhad, kelmarin.
Menurutnya, pada Mesyuarat Agung Tahunan itu, PCB
mencadangkan usul-usul meluluskan pembayaran Fi Pengarah berjumlah RM441,650
dan imbuhan pengarah berjumlah RM150,000 untuk tahun kewangan berakhir Disember
2017.
“Sebagai pengerusi PKNP yang memiliki saham majoriti
dalam Kumpulan PCB, saya mengarahkan PNKP menolak semua usul di atas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kumpulan PCB mencatatkan kerugian RM340.6 juta bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan sehingga tarikh tersebut,
liabiliti kumpulan itu melebihi asetnya pada kadar RM158.5 juta,” katanya.
Ahmad Faizal berkata, adalah tidak wajar imbuhan besar
dibayar kepada pengarah-pengarah PCB berikutan prestasi kewangan tahun lalu
tidak memberangsangkan.
“PKNP selaku pemegang saham terbesar menolak usul-usul
tersebut, atas kepentingan rakyat dan negeri,” katanya.
Pada mesyuarat itu, Datuk Dr S Vasan dan Datuk Dr Wan
Norashikin Wan Noordin menolak dilantik semula sebagai pengarah PCB manakala,
Ab Rahman Mohammed pula meletakkan jawatannya sebagai pengarah sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini. PNKP turut menolak usul sama membabitkan
pembayaran RM386,250 Fi Pengarah dan imbuhan pengarah kepada pengarah bukan
eksekutif dengan nilai mencecah RM150,000 yang diluluskan oleh MajuPerak
Holdings Berhad (MHB).
Ahmad Faizal menjelaskan perubahan itu selari polisi
pentadbiran baru yang memberi keutamaan untuk memulihkan syarikat berkaitan
kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan.
-Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel