Connect with us

Berita Lain

Gabenor Bank Negara Dilapor Tawar Letak Jawatan


Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim hari ini
dilapor menawarkan diri meletak jawatan, hanya selepas kira-kira dua tahun
menduduki jawatan berkenaan.
Perkembangan itu dilaporkan Bloomberg yang memetik
sumber-sumberyang tidak dinamakan.
Muhammad dilantik ke jawatan berkenaan pada Mei 2016 bagi
menggantikan penyandang sebelumnya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Tidak dapat dipastikan bagaimana reaksi kerajaan terhadap
tawaran dibuat Muhammad itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bank Negara setakat ini enggan memberi sebarang kenyataan
berhubung laporan tersebut.
Perkembangan itu berlaku ketika Menteri Kewangan Lim Guan
Eng giat meneliti pelbagai isu melibatkan kerajaan BN sebelum ini, termasuk
pembelian sekeping tanah milik milik kerajaan oleh Bank Negara.
Transaksi melibatkan dana sebanyak RM2.1 bilion itu
dilaporkan berlaku pada awal Januari tahun ini.
Selain didakwa dibeli pada harga lebih tinggi daripada
sepatutnya, proses jual beli itu juga dikaitkan dengan langkah kerajaan BN
memberikan suntikan dana kepada 1MDB yang berdepan dengan beban hutang yang
besar.
Pada Feb lalu Muhammad menjelaskan Bank Negara memang
berminat untuk membeli tanah seluas 22.5 hektar itu dan bukan ditawarkan oleh
kerajaan kepada mereka.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Untuk menjelaskan keadaan, bukan kerajaan yang mahu
menjual tanah itu kepada kami.
“Sebenarnya kami yang menghubungi kerajaan
berbulan-bulan dulu untuk membelinya,” kata Muhammad seperti dilaporkan
The Edge.
Beliau juga memberitahu transaksi itu berlaku ketika
kedua-dua pihak bertindak atas kepentingan sendiri dan bebas daripada tekanan
sesiapa.



– Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel