Connect with us

Berita Lain

Akaun Beku: Umno Rayu SPRM Demi Bayar Gaji


BAGAN DATUK, 30 Jun — Umno telah mengemukakan permohonan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada
akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran
gaji.
Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden Umno,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata permohonan itu telah dikemukakan kepada
SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
bersama barisan peguam yang dilantik.
Menurutnya tindakan berkenaan harus dilakukan bagi
membolehkan perbelanjaan yang telah ditentukan dapat dibayar setiap bulan.
“Kita harap SPRM memberikan pertimbangan sewajarnya kerana
tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos pentadbiran lain dapat terus
diberikan pertimbangan kerana ia bukan digunakan untuk lain-lain tujuan,” kata
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu kepada pemberita selepas merasmikan
persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Semalam  laporan media
menyebut SPRM  didakwa sudah membekukan
900 akaun bank yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) termasuk akaun milik Umno.
Sementara itu, di Alor Star, perkara yang sama diluahkan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah supaya SPRM membenarkan pengeluaran sebahagian wang daripada akaun Umno
negeri untuk tujuan pembayaran  gaji.
Menurutnya,  tindakan
membekukan akaun Umno pusat dan negeri Kedah yang turut melibatkan akaun di 15
peringkat bahagian negeri menyebabkan parti itu tidak mempunyai sumber kewangan
bagi tujuan perbelanjaan.
“Kalau beku, mana kita nak ambil duit untuk bayar gaji
bulanan pekerja yang bekerja dengan pejabat Umno dan bila tiada duit kita
terpaksa buang pekerja. Jadi, kita minta supaya SPRM benarkan Umno untuk
keluarkan sebahagian wang yang ada dalam akaun,” katanya.
Pengerusi  Badan Perhubungan
Umno Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata Umno perlu mencari jalan
penyelesaian terutama melibatkan aspek kewangan selepas akaun parti dibekukan.
Bekas menteri besar Perak itu berkata ini kerana, pembekuan
akaun tersebut dilihat mampu merencatkan pergerakan parti termasuk untuk
mengadakan mesyuarat yang memerlukan wang.
”Saya harap usaha untuk kita gerakkan semula ataupun untuk
dapatkan semula perbelanjaan perlu kerana segala-galanya kita letakkan dalam
akaun tersebut. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Saya lihat anggota Umno begitu tabah dan bagi saya biarlah
proses itu berjalan kerana itu adalah keputusan yang dibuat pihak berkuasa,”
katanya kepada pemberita selepas persidangan perwakilan Umno Bahagian Lumut di
sini, hari ini.
Di Kuala Nerus, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya bersedia memberi
kerjasama dengan SPRM bagi menyiasat akaun pertubuhan itu.
Menurutnya, sepanjang beliau menerajui Umno Terengganu
sumber kewangan yang diperoleh adalah daripada Umno Pusat.
Bagaimanapun beliau berkata, sehingga hari ini belum
dihubungi oleh SPRM atau mana-mana bank yang memaklumkan berlaku pembekuan
akaun Umno negeri.
Di Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk
Seri Idris Harun juga menyatakan pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama
kepada mana-mana pihak berkuasa jika ada siasatan berhubung akaun bank Umno
Negeri itu.
Menurutnya, pihaknya tidak menerima sebarang notis ataupun
arahan siasatan, tetapi sebagai persediaan pihaknya telah melantik enam peguam
bertauliah sebagai pemegang amanah kepada sebahagian harta mudah alih dan tetap
Umno melaka bagi menghadapi sebarang kemungkinan dirampas atau dibekukan. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel