Connect with us

Berita Lain

Barang Rampasan Milik Najib, Rosmah Diserah Kepada Amla


KUALA LUMPUR – Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang
Haram (Amla), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman dijangka akan menerima
barang rampasan 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1
bilion.
Proses penyerahan itu akan diserahkan Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil Bukit Aman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut sumber, barang kes itu dalam proses penyerahan
kepada Amla untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
(AMLATFPUAA 2001).
“Proses penyerahan itu memerlukan masa kerana ia
melibatkan banyak peringkat.
“Kertas siasatan AMLATFPUAA 2001 telah dibuka dan
barang yang telah selesai dikira akan diserahkan kepada Amla” katanya
ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut sumber itu lagi, buat masa sekarang tiada serbuan
akan dibuat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu, Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya membuat siasatan bermula 21
Mei hingga 25 Jun lalu bagi proses pengiraan barang rampasan di enam premis
iaitu di Pejabat Perdana Menteri, Seri Perdana, tiga kediaman mewah di Pavilion
Residence, Bukit Bintang dan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Najib di Jalan Langgak Duta.
Amar Singh berkata, dalam 75 beg itu mengandungi wang tunai
pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan
pelbagai jenama.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel