Connect with us

Berita Lain

Pengasuh dikehendaki

PENGASUH yang dicari polis. Gambar kecil, kesan luka di kaki. FOTO NSTP



Kuala Lumpur: “Anak saya terlantar di wad hospital empat hari akibat kecederaan dialami ketika dijaga pengasuh,” kata Nur Atiqah Ibarahim, 27, berhubung kecederaan dialami bayinya, Dian Durrani Hashirad Mukshid yang berusia satu tahun lapan bulan.


Menurutnya, kejadian berlaku selepas dia dan suami menghantar bayi perempuan mereka untuk dijaga wanita terbabit berhampiran rumahnya di Selayang Baru, Gombak Selangor, 26 April lalu.


Dia berkata, kejadian disedari selepas suaminya menjemput anak tunggal mereka dari rumah pengasuh terletak sejauh 300 meter dari rumahnya jam 6 petang, hari kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada suami ketika bekerja memaklumkan ada kesan bengkak di kepala anak mereka.


“Pemeriksaan lanjut turut menemui kesan lebam dan luka di kaki, telinga dan pipi anak kami. Suami memaklumkan pengasuh berusia 30-an itu tidak memaklumkan sebarang kejadian dialami anak mereka.


“Melihat keadaan Dian semakin lemah, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan sebelum dia dimasukkan ke dalam wad selama empat hari bagi menerima rawatan,” katanya.


Nur Atiqah berkata, dia membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.


KECEDERAAN di belakang kepala Dian. FOTO NSTP



“Polis memaklumkan pengasuh terbabit memberi alasan Dian terjatuh di bilik air jam 2 petang hari kejadian. Wanita itu mendakwa mahu merawat anak kami dengan menuam kepala Dian menggunakan kain serta air panas.


“Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan ada kesan melecur di belakang kepala Dian,” katanya yang kini sudah berhenti kerja sebagai kerani kerana mahu menjaga anaknya itu.


Dia berkata, polis memberitahu kes akan dirujuk ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.


“Pada 14 Mei lalu, saya dihubungi polis memaklumkan akan memanggil pengasuh itu ke mahkamah. Bagaimanapun, pada 1 Jun, saya diberitahu wanita itu berpindah dari rumahnya di Selayang Baru.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya memuat naik status dan gambarnya di media sosial semalam kerana mahu orang ramai membantu mengesannya dan melaporkan kepada polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


“Suspek kini disenarai sebagai orang dikehendaki dan usaha mengesan wanita itu sedang giat dijalankan,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel