Connect with us

Berita Lain

Adam Rayqal Ditemui Mati Di Rumah Pengasuh, Disorokkan Dalam Peti Ais

Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya – Foto: NST

BAYI lelaki lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah
meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung
Nakhoda, Batu Caves, Gombak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad
berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan
dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh anggota Bahagian Siasatan
Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di
rumah berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Harian Metro, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian
namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati
terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya
sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda.

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun
serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)
untuk bedah siasat,” katanya
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan
dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang
semalam.
Bapa bayi itu, Mohd Sufi, 28, turut memuat naik gambar Adam
Rayqal di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya
itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel