Connect with us

Berita Lain

Najib Bermalam Di Lokap SPRM

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di
sini, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah esok.
Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib tiba jam 4 petang
tadi di ibu pejabat SPRM di sini.
Sebelum itu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak
Duta, jam 2.35 petang tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini
mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn
Bhd.
Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok
di Mahkamah Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.
Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan
berhubung dakwaan rasuah berkaitan SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan oleh
SPRM.
Media sebelum ini melaporkan yang siasatan SPRM menemui
bukti sejumlah RM42 juta (AS$10.6 juta) dipindahkan daripada dana 1MDB ke dalam
akaun peribadi Najib pada akhir 2015, sebelum membuat cadangan supaya siasatan
lanjut dijalankan tetapi ditolak peguam negara ketika itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Susulan langkah pihak berkuasa Malaysia membuka semula
siasatan kes terbabit, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata,
pihaknya akan meneruskan siasatan terhadap 1MDB dengan kerjasama pihak berkuasa
Malaysia berhubung skandal itu.
Pada 2016 dan 2017, DOJ mengambil tindakan melucutkan hak
terhadap aset bernilai lebih AS$1.7 bilion yang disyaki hasil penyelewengan
dana 1MDB.
Berdasarkan aduan, sejumlah lebih AS$4.5 bilion dana
daripada 1MDB, didakwa diselewengkan menerusi pelbagai syarikat dan akaun bank
yang terletak di Amerika Syarikat dan negara lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel