Connect with us

Berita Lain

Najib Dijangka Hadapi Lebih 10 Tuduhan Pecah Amanah Kes SRC

Datuk Seri Najib Tun Razak – Foto: Reuters

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bekas  perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan
kes SRC International Sdn Bhd.
Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan
itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah
Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala
Lumpur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah
Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudiannya akan
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Menurut sumber Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas akan
mengetuai pihak pendakwaan dalam kes esok.
Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad
(1MDB)  dalam kenyataannya mengesahkan
Najib yang ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini pada 2.35 petang
berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd akan didakwa esok pada pukul 8.30
pagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Bekas perdana menteri telah hadir ke Suruhanjaya Pecegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC
International Sdn Bhd.
SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia
diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Pada 22 Mei lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd
Shukri Abdull berkata penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu
dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC
International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri. —
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel