Connect with us

Berita Lain

Seleweng Dana SKMM, SPRM Mulakan Siasatan


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
memulakan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana Suruhanjaya Komunikasi
Multimedia Malaysia (SKMM), yang disyaki 
digunakan dalam projek 1Malaysia Negaraku, namun projek itu tidak
dilaksanakan.
Menurut sumber SPRM, seorang pegawai kanan Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bergelar Datuk disyaki terlibat dalam
penyelewengan dana dianggar bernilai hampir RM25 juta, yang diluluskan untuk
pelaksanaan projek-projek di bawah projek 1Malaysia Negaraku itu.
Sumber itu berkata terdapat kira-kira 10 projek di bawah
projek berkenaan dan siasatan awal mendapati pegawai kanan itu terlibat dalam
hampir semua projek itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bernama difahamkan bahawa pegawai kanan terbabit diarah
menguruskan perolehan dan pembayaran di Finas berkaitan projek 1Malaysia
Negaraku dan mempunyai kuasa untuk menandatangani surat tawaran kepada
syarikat-syarikat yang dilantik Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
“Pegawai kanan tersebut juga dikatakan bersekongkol dengan
syarikat-syarikat terbabit dengan meluluskan semua pembayaran bagi projek yang
tidak dilaksanakan,” kata sumber itu ketika ditemui Bernama.
Sumber itu berkata pegawai kanan terbabit diarahkan menggunakan
dana SKMM itu bagi melaksanakan projek berkenaan.
Pada hari ini, SPRM telah pergi ke kesemua syarikat yang
memperoleh projek-projek tersebut untuk mengambil dokumen bagi membantu
siasatan, katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

SPRM juga telah merakam percakapan empat individu termasuk
Ketua Pengarah Finas dan pegawai-pegawai daripada SKMM bagi membantu siasatan
kes itu.
Menurut sumber itu lagi, SPRM mengenal pasti lebih 70
individu bagi membantu siasatan kes tersebut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam
Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan siasatan berkenaan tetapi enggan
mengulas lanjut.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel