Connect with us

Berita Lain

Siasatan Dalaman 64 Lot Penjualan Tanah Kerajaan DBKL – Khalid


PUTRAJAYA — Kementerian Wilayah akan menjalankan siasatan
dalaman berhubung penjualan 64 lot tanah kerajaan oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) kepada pemaju, dalam masa terdekat ini.
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata pihaknya akan memberi
kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam
menyiasat sekiranya ada unsur salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan
pada hari pertama memulakan tugas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini hari pertama saya di kementerian. Saya tidak mahu jadi
macam penyiasat. Saya mahu tangani semua dan bukan hendak tengok satu isu.
“Saya akan meneliti isu itu dan menjalankan kajian dalaman.
Kita tidak menghalang SPRM melakukan siasatan,” katanya kepada pemberita
selepas sesi taklimatnya di Menara Seri Wilayah di sini hari ini.
Sebelum Ini, Ahli Parlimen Kepong (DAP), Lim Lip Eng membuat
laporan meminta SPRM menyiasat segera kes penjualan 64 bidang tanah berkeluasan
171 hektar pada harga RM4.28 bilion kepada Yayasan Wilayah Persekutuan pada
2013 melibatkan bekas menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Khalid berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika ada
salah laku serta mengutamakan ketelusan, integriti, amanah dan tanggungjawab
dalam kalangan warga Kementerian.
Mengenai projek River of Life, beliau berkata, ia antara
projek yang akan diberi tumpuan khususnya isu kebersihan, pengurusan sisa dan
kesedaran umum.
Dalam perkembangan sama, Khalid memberitahu bahawa beliau
akan melawat kesemua agensi di bawah kementeriannya termasuk di Labuan bagi
mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perjalanan pentadbiran dan suasana di
setiap agensi agar khidmat kepada penduduk di wilayah dapat dilaksanakan dengan
cemerlang.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel