Connect with us

Berita Lain

Tiada Penyelewengan, Hanya Salah Faham – Zahid


PUTRAJAYA – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menjelaskan dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi hanyalah salah faham.
Menurutnya, terdapat kesilapan apabila pegawai yang
sepatutnya menguruskan pembayaran kad kredit miliknya dan isteri menggunakan
duit yayasan dan bukan cek peribadinya.
Katanya, beliau telah menggunakan wang sendiri membayar
kembali wang yayasan tersebut pada 2016.
“Walaupun niat pegawai itu bukan berniat penyelewengan
tetapi tetap tidak betul.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Penjelasan bahawa saya telah membayar kembali duit
yayasan pada 2016 yang digunakan untuk pembayaran kad kredit tersebut , selain
salinan cek tersebut telah saya serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM),” katanya selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM,
sebentar tadi.
Ahmad Zahid tiba di SPRM jam 9.50 pagi tadi bagi meberikan
keterangan berhubung dakwaan menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut
untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nilai
pembayaran balik yang telah dilakukannya kepada yayasan itu.
Mengulas lanjut, kata Ahmad Zahid, beliau turut menegaskan
tiada penyelewangan yang berlaku apatah lagi yayasan tersebut dikendalikan oleh
ahli keluarganya selain bertujuan untuk kebajikan semata-mata.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia terbukti dengan banyak masjid, maahad tahfiz, rumah
anak yatim dan aktiviti kebajikan telah dibuat melalui yayasan tersebut.
“Cuma kesilapan sedikit daripada pegawai tersebut
membuatkan keadaan jadi begini. Jadi saya harap perkara ini telah jelas kepada
umum dan merungkai perspektif negatif masyarakat,” katanya.
Tambah Ahmad Zahid, beliau menjadi penyumbang paling besar
kepada yayasan tersebut melalui dana sendiri.
“Saya pemegang saham terbesar dalam empat syarikat dan
keuntungan tersebut saya tidak gunakan secara peribadi sebaliknya menyalurkan
kepada yayasan tersebut untuk aktiviti amal jariah,”katanya.
Jelasnya, beliau menyerahkan segala tindakan lanjut kepada
SPRM berhubung kesnya itu.
-Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel