Connect with us

Berita Lain

‘Bebaskan Najib!’

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu SRC International Sdn Bhd. FOTO Zulfadlhi Zulkifli



LEBIH 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi menunjukkan sokongan mereka.


Kumpulan itu terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa penyokong lain yang menggesa kerajaan membebaskan Najib yang akan didakwa, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kumpulan itu mula berkumpul seawal 7.30 pagi.
Jurucakap kumpulan itu, Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya menahan Najib tanpa bukti yang kukuh.


“Kalau beliau (Najib) bersalah, tunjukkan bukti, tidak perlu menahan beliau seperti ini.


“Kami mahu pihak berkuasa bebaskan Najib, ahli lain dari Pontian dan Temerloh akan menyertai kami untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Bahagian kami,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.


Sementara itu, konsultan perniagaan, Dr Phillip Loh berkata, penahanan Najib adalah tidak berasas dan dilakukan tanpa siasatan lengkap.


“Pihak berkuasa tidak memberikan perincian mengenai pendakwaan yang bakal dibuat, perkara ini berlaku dengan mengejut.


“Kami mahu perkara ini dihentikan, adakah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu mengembalikan semula pemerintahan kuku besinya ?


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Biarkan Najib dibicarakan mengikut undang-undang, beliau dilayan dengan cara yang tidak betul, dimalukan sejak Pilihanraya Umum ke 14 tamat.


“Inikah kerajaan baharu yang kita inginkan? Bayangkan bagaimana rakyat biasa akan dilayan selepas ini,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel