Connect with us

Berita Lain

Jamal mungkin dihantar pulang hari ini

KETUA Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian memaklumkan Datuk Seri Jamal Yunos (gambar kecil) akan dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.



KETUA Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian berkata, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan di Tebet, Jakarta Selatan akan dihantar pulang secepat mungkin dari republik itu.


“Kami akan segera menghantar beliau pulang, jika tidak hari ini (Selasa), esok (Rabu),” kata Tito di ibu pejabat polis ibu kota ini semalam dilaporkan agensi berita Antara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau, Jamal, suspek dalam beberapa kes di Malaysia, disyaki keluar dari negara itu 13 Jun lalu secara haram.


Tidak lama kemudian, Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menghubungi Tito untuk memberi maklumat mengenai Jamal dan meminta bantuan menangkapnya kerana ada petunjuk ahli politik itu berada di Indonesia.


Menurut Tito, sebelum tiba di ibu kota ini, Jamal dipercayai singgah di Medan, Sumatera Utara. Penyiasat polis akhirnya menangkap Jamal di Tebet kelmarin dan beliau segera dibawa ke Rumah Tahanan Polis Daerah Metro Jaya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Jamal diburu polis dalam kaitan sembilan kes dikaitkan terhadapnya termasuk satu dakwaan rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut mengheret bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel