Connect with us

Berita Lain

Jho Low sudah ‘lesap’ ke Macau



POLIS mendapat maklumat bahawa ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low sudah melarikan diri ke Macau.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sepasukan pegawai polis dihantar ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low, beberapa hari lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Maklumat terbaru yang polis dapat ialah Jho Low berada di Macau. Ini maklumat yang diterima pasukan polis yang dihantar ke Hong Kong untuk menjejaki beliau.


“Bila pasukan polis sampai di Hong Kong, Jho Low dimaklumkan sudah meninggalkan Hong Kong dan pergi ke Macau,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai Murni di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.


Ditanya sama ada pegawai menjejaki Jho Low di kediaman atau pejabatnya di Hong Kong, Fuzi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia sudah membatalkan pasport antarabangsa Jho Low berkuat kuasa 15 Jun lalu.


Keputusan itu dibuat berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel