Connect with us

Berita Lain

Akaun Bank Empat Anak Najib Dibekukan, Termasuk Yang Sedang Kanser Tahap Empat


PETALING JAYA: Sehari selepas anak perempuan Datuk Seri
Najib Tun Razak mengadu tentang pembekuan akaun banknya, tiga lagi anak lelaki
bekas perdana menteri itu mendakwa mereka mengalami nasib yang sama.
Presiden badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Pemantau
Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau dimaklumkan bahawa akaun
Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa dibekukan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Akaun itu dibekukan sehubungan dengan siasatan terhadap
penglibatan Najib dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kemudian, Lokman membuat dua laporan polis di Dang Wangi.
Laporan pertama adalah ke atas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad kerana membuat tuduhan secara berterusan terhadap Najib dari
2015 hingga 2018, mendakwa beliau telah mencuri wang sebanyak RM2.6 bilion
daripada 1MDB.
Laporan kedua adalah ke atas ketua pesuruhjaya SPRM Datuk
Seri Mohd Shukri Abdull kerana membekukan lebih daripada 400 akaun bank,
termasuk keluarga terdekat Najib.

Najib pada Rabu menjalani perbicaraan bagi tiga tuduhan
jenayah pecah amanah dan satu lagi tuduhan salah guna kuasa melibatkan RM42
juta yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
“Ini tidak berperikemanusiaan, dan apa yang membuat
keadaan menjadi lebih teruk adalah saya diberitahu bahawa Puteri Norlisa tidak
sihat dan memerlukan akses kepada akaunnya untuk membayar rawatan
perubatannya,” kata Lokman, yang juga ahli majlis tertinggi Umno.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam laman Facebook yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia
pada Khamis, Mohd Nizar mengadu tentang kesukaran yang dihadapinya.
“Akaun bank adik-adik saya dan saya (sic) telah
dibekukan. Tidak boleh membayar bil,” tulisnya pada Khamis, sehari selepas
Najib dituduh.
Pada hari yang sama, Malaysiakini melaporkan bahawa akaun
bank Mohd Norashman turut dibekukan, manakala laman blog The Third Force
melaporkan pada Jumaat bahawa akaun bank Puteri Norlisa juga mengalami nasib
yang sama.
Blog tersebut turut mendakwa, Puteri Norlisa disahkan menghidapi
kanser tahap empat dan memerlukan wang untuk membayar bil rawatannya.
Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada pembantu dan
peguam Najib ketika dihubungi The Star.



– mStar Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel