Connect with us

Berita Lain

Tidak Dibayar Sokong Najib, Masuk Umno Selepas BN Kalah – Ellie Suriaty

PELAKON Ellie Suriaty menafikan dia dibayar oleh pihak
tertentu berhubung tindakannya menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Ellie, 48, menyifatkan sokongan itu bersifat perjuangan
untuk menegakkan keadilan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
“Apa yang berlaku di mahkamah itu bukan pakatan atau
rancangan, semua yang ada di sana ada perasaan yang sama.
“Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil
duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli,”
ujarnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ellie membuat penjelasan menerusi video yang dimuat naik di
laman sosial Facebooknya pada malam Sabtu.

Pada Rabu lalu, Ellie hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
bagi memberi sokongan kepada Najib yang didakwa di atas tiga pertuduhan pecah
amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.
Menerusi video berdurasi 17 minit itu, Ellie berkata, dia
mula menyokong bekas presiden Umno itu selepas kerajaan Barisan Nasional (BN)
tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.
Katanya, perkara itu didorong perasaan bimbang dengan nasib
bangsa Melayu di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.
“Saya masuk Umno setelah kerajaan (BN) jatuh ia kerana
saya kenangkan nasib anak bangsa kita nanti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Apa akan jadi dengan nasib anak Melayu dan agama
Islam,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ellie juga kesal dengan kecaman netizen yang
menuduhnya dengan pelbagai komen negatif terutama menyentuh tentang dirinya
tidak menutup aurat.
Ujar Ellie, dia mempunyai alasan berkaitan hal itu.
“Ramai yang kecam kata saya kuat sembang berjuang demi
agama, bangsa, negara tapi saya tak pakai tudung. Mereka kecam
sedahsyat-dahsyatnya.
“Saya belum menutup aurat kerana masih aktif berlakon
dan membawa pelbagai watak yang tidak bertudung,” ujarnya.



– mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel