Connect with us

Berita Lain

“Saya tanggung belanja majlis kahwin anak” – Ketua Polis Negara



PETALING JAYA: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan dakwaan dalam artikel Sarawak Report bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menaja kehadiran rakan sejawatan di Asia ke majlis perkahwinan anak perempuannya.


Ketua Polis Negara itu berkata laporan itu tidak tepat dalam banyak cara termasuk bahagian menyebut isterinya yang meninggal dunia pada Disember.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Apabila jemputan dihantar kepada rakan sejawatan saya, difahamkan saya secara peribadi membayar bil tersebut.


“Malah, hanya rakan sejawatan saya dari Brunei yang hadir majlis perkahwinan itu,” katanya kepada The Star.


Mohamad Fuzi menegaskan beliau menanggung sendiri perbelanjaan Ketua Polis Brunei itu.


“Tiada dana kerajaan atau PDRM digunakan untuk membayar majlis perkahwinan atau perbelanjaan tetamu saya,” katanya.


Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dialu-alukan untuk menyiasat dakwaan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan,” katanya.


Beliau turut menyifatkan laporan dalam portal tersebut sebagai tidak benar.


“Saya hampir bersara dan mempunyai simpanan untuk dibelanjakan bagi majlis perkahwinan anak perempuan saya,” katanya.


Pada masa sama, beliau turut memikirkan untuk mengambil tindakan terhadap portal dalam talian itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel