Connect with us

Berita Lain

Agong Sokong Langkah Berhemat, Mansuh GST Dan Pelihara Perpaduan

Foto: Utusan Online

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyambut baik
pendekatan kerajaan dalam menegakkan ketelusan, terutamanya dengan mendedahkan
kedudukan kewangan negara yang sebenar, mengkaji semula perbelanjaan, kos
projek dan mengurus kewangan secara berhemat.
Baginda turut menyokong tindakan kerajaan memansuhkan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga minyak dan memberikan bantuan
sara hidup kepada golongan sasaran yang diharap dapat meringankan beban rakyat.
“Pada masa sama, beta menghargai sumbangan rakyat tanpa
mengira agama, bangsa dan umur yang disalurkan kepada dana Tabung Harapan
sebagai tanda prihatin terhadap negara,” titah baginda semasa berucap
merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Dewan
Rakyat hari ini.
Pada 24 Mei lalu, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang
mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) pada 9 Mei lepas, mendedahkan kedudukan hutang negara mencecah RM1.08
trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat
31 Dis 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ekoran itu, kerajaan memperkenalkan langkah-langkah
mengurangkan perbelanjaan sejajar dengan kedudukan sebenar kewangan negara
termasuk mengkaji semula pelaksanaan serta kos projek tertentu.
Selain itu kerajaan HARAPAN juga telah melaksanakan GST
sifar dan cukai itu akan dihapuskan seperti yang dijanjikan dalam manifestonya
serta digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Dalam titah ucapan baginda, Sultan Muhammad V turut
menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan
barisan kepimpinan yang dipilih menerajui pentadbiran negara serta seluruh
anggota Parlimen yang terpilih pada PRU lepas.
“Beta percaya Ahli-ahli Yang Berhormat akan mengambil
bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik
berfikir, bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang
baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana,
penuh kesopanan bertatasusila, supaya institusi Parlimen terus dihormati,
dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar,” titah baginda.
Baginda turut meminta semua pihak akur dan berlapang dada,
tidak emosional, tidak mewarnai pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu,
sempit serta tertutup.
“Beta berharap semua pihak hendaklah berusaha melakukan
penjernihan yang ikhlas dan sungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang
tulen lagi murni. Mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasama,
untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara,” titah baginda.
Baginda juga berharap semua kejayaan, pencapaian serta
pengiktirafan dalam pelbagai bidang yang dicapai negara sebelum ini dapat
dipertingkat.
Bagi mencapai matlamat itu, baginda menyarankan agar
kerajaan, pihak swasta dan rakyat terus bekerjasama dalam usaha menyusun
masyarakat, terutama memperbaiki kedudukan ekonomi rakyat yang masih
terpinggir.
“Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir
tidak harus dilihat sebagai dasar diskriminasi perkauman, tetapi sebagai usaha
menebus ketidakadilan sosial yang telah diwarisi sekian lama,” titah
baginda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bertitah di hadapan anggota-anggota Parlimen yang telah
mengangkat sumpah semalam, baginda turut menyentuh cabaran-cabaran yang
mendepani rakyat dan negara seperti ekonomi global, konflik politik, krisis
kemanusiaan pada peringkat antarabangsa dan ancaman fahaman radikal serta era
Revolusi Perindustrian 4.0.
“Justeru, beta mengalu-alukan sebarang inisiatif
melalui penggubalan dasar, strategi dan kerangka perundangan untuk
mendepaninya. Beta berharap faedah yang diperoleh bukan hanya aspek ekonomi
tetapi meliputi aspek sosial dan lain-lain,” baginda bertitah.

Dalam pada itu, titah baginda lagi kepatuhan kepada ajaran
agama dan nilai-nilai murni tidak harus diabaikan dan semua pihak hendaklah
lebih serius menangani gejala sosial dan elemen-elemen negatif yang boleh
merosakkan masyarakat dan negara.
“Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat, organisasi
kerajaan, badan bukan kerajaan dan golongan ilmuan perlu duduk semeja untuk
mencari penyelesaian atas masalah-masalah berbangkit,” titah baginda.
Baginda turut menyeru agar perpaduan serta keharmonian dalam
kalangan rakyat terus dipelihara dan diperkukuh serta elemen-elemen negatif dan
tindak-tanduk yang mengganggu-gugat kesepaduan perlu dibanteras dan
menghentikan ungkitan terhadap isu-isu sensitif antara kaum. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel