Connect with us

Berita Lain

Dilema janda



PELAKON Rozita Che Wan beranggapan wanita berusia yang berkahwin dengan lelaki muda tidak perlu dijadikan isu dan dikecam oleh pengguna laman sosial sewenang-wenangnya.


Rozita atau mesra disapa Che Ta, 45, berkata, netizen tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia seolah-olah menidakkan ketentuan dan jodoh Allah SWT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Muda atau tua pada saya ia bukan persoalannya. Macam saya terpaksa memilih lelaki muda sebab kebanyakan yang sama usia dengan saya suami orang.


“Bagi saya, suami orang terlalu rumit dan susah nak diurus. Sedangkan lelaki muda pula fleksibel.


“Jadi, dalam perkara ini netizen tidak sepatutnya mengecam. Jodoh itu rahsia Allah SWT. Malah, saya berasakan kalau ambil suami orang bukan saja dikecam, tetapi silap hari bulan kena parang dengan isteri dia,” katanya kepada Harian Metro.


Che Ta yang berkahwin dengan pelakon Zain Saidin, 34, dengan perbezaan usia 11 tahun menasihati pengguna laman sosial supaya istighfar.


“Netizen jangan terlalu lancang memberi komen. Ini soal jodoh yang mana sudah tersurat. Anda kena memperbanyakkan beristighfar.


“Jangan nak komen ikut sedap mulut mengatakan janda lanjut usia atau apa saja,” katanya.


Dalam masa sama, Che Ta berpendapat wanita yang bergelar ibu tunggal atau ‘janda’ sering berada dalam dilema setiap kali menjalin hubungan dengan seseorang.


“Sebenarnya, situasi ini tak susah. Cuma kita yang menyusahkan. Apabila lelaki dan perempuan suka sama suka, kenapa netizen pula nak kecam. Kalau lelaki berkenaan sudah suka, biarlah. Patut bersyukur sebab si wanita tak ambil suami anda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Anda nak janda kahwin dengan siapa? Duda anak sekampung? Nanti timbul pula pergaduhan. Jadi, gelaran janda sebenarnya dalam dilema. Ambil suami orang kena parang, dapat suami muda pula dikecam,” katanya.


Semalam Harian Metro melaporkan luahan pelakon Ariff Aziz, 29, yang bakal bernikah dengan penerbit ternama, Datuk A Aida, 48, pada Sabtu ini yang mana menyelar sikap segelintir netizen yang dianggap biadap apabila melemparkan kata-kata kesat terhadap mereka di laman sosial.


Ariff berkata, perkara itu timbul selepas berita dia melamar A Aida disiarkan hingga ada yang memberi pandangan mereka tidak sesuai untuk bersama.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel