Connect with us

Berita Lain

KM: Sabah Rampas 40,161 Balak Sejak 5 Julai


Pasukan Petugas Khas telah merampas 40,161 batang balak
dalam operasi membanteras pembalakan haram di beberapa lokasi hutan simpan di
Sabah sejak 5 Julai lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata angka itu melibatkan rampasan di Kalabakan
(25,221 batang), Tongod (9,300 batang), Ranau (5,091 kayu balak) dan Sandakan
(549 batang).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini merupakan antara langkah yang sedang kita lakukan untuk
memastikan ketirisan hasil negeri tidak meningkat ataupun terbiar seumpama itu
kerana kita dapati contohnya di beberapa kawasan yang siasatan telah dilakukan,
ada kayu balak terbiar di situ dan didapati kayu balak ini tidak ada cukai,”
katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri, di
Kota Kinabalu hari ini.


Katanya ada juga kayu balak yang ukurannya tidak mematuhi
syarat pihak perhutanan selain membabitkan spesies tidak boleh ditebang seperti
kayu belian.
“Selepas ini kita akan pastikan supaya tindakan susulan
dapat dilaksanakan,” katanya menambah pasukan petugas khas tersebut akan
menjalankan siasatan lanjut dengan kerjasama polis dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Shafie berkata beberapa syarikat dikenal pasti terlibat
dalam aktiviti pembalakan haram itu yang dipercayai telah beroperasi sejak
sekian lama.
Mengenai pasukan petugas khas tersebut, beliau berkata
kerajaan negeri mengaktifkan semula unit berkenaan di bawah Jabatan Ketua
Menterin susulan keputusan kerajaan negeri mengharamkan pengeksportan kayu
balak selain memantau aktiviti pembalakan secara berkesan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel