Connect with us

Berita Lain

Kos Projek HSR, Mengapa PH Tak Terus Terang?: Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak menyelar sikap PH yang memberikan jawapan meragukan terhadap kos projek
Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang berganda daripada di unjurkan BN serta
kerajaan Singapura.
Najib menerusi Facebook miliknya berkongsi kekecewaan
apabila menerima jawapan dari PH terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah
RM110 bilion, berganda daripada anggaran RM55 bilion dan RM70 bilion yang sudah
diunjurkan oleh BN dan kerajaan Singapura.
Menurutnya, kos baharu projek HSR berkenaan menunjukkan
kelaziman PH untuk menggandakan kos projek yang dimulakan BN seperti ECRL dan
LRT3 dan mendakwa BN menyembunyikan kos sebenar.
”Mereka kemudian akan mendakwa berjaya mengurangkan kos
projek itu kepada separuh dan mendabik dada walhal kos baharu mereka adalah
lebih tinggi dari kos asal BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

”Bagi isu yang sama, ada wakil Kementerian Kewangan hari ini
mendakwa kononnya saya mengetahui kos LRT3 adalah pada angka menjulang tinggi
RM32 bilion, dan untuk itu saya minta tunjukkan dokumen di mana saya telah
meluluskan permohonan tambahan jaminan RM22 bilion dari surat Prasarana bertarikh
30 Mac 2018.
“Tunjukkan buktinya. Padahal, ini hanya satu permohonan yang
tidak pernah kerajaan BN dulu bersetuju.
Najib berkata, nampaknya kerajaan PH masih lagi kuat
berpolitik dan bukannya menjamin kesinambungan ekonomi bagi masa depan negara.
“Mengapa Kerajaan PH tidak mendedahkan penilaian impak
ekonomi projek HSR di mana ia akan menunjukkan manfaat ekonomi serta peluang
pekerjaan yang bakal hilang jika projek ini dibatalkan, turut tidak diendahkan
oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang memilih untuk membuat lawak, daripada
menjawab soalan ini.
”Ini bukan satu permulaan yang baik untuk parlimen kerana
projek sebesar ini memerlukan jawapan yang sempurna kerana ia memberi kesan
kepada jutaan rakyat, beratus ribu pekerjaan, hubungan antarabangsa dan aliran
ekonomi masa depan Malaysia.
Najib membuat kenyataan susulan jawapan mengecewakan
berkenaan projek HSR dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali
kepada soalan di Parlimen dari dirinya dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri
Wee Ka Siong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Najib turut berkongsi maklumat berkenaan projek HSR yang
merupakan satu tender terbuka antarabangsa yang dipanggil secara bersama oleh
kerajaan Malaysia dan Singapura.
Menurutnya, tender berkenaan hanya ditutup pada 28 Disember,
2018 dan pembida yang berjaya akan dinilai dan diputuskan bersama oleh
kedua-dua Singapura dan Malaysia.
”Tender itu juga mensyaratkan pembida untuk menawarkan pakej
pembiayaan dan kewangan. Berikutan projek HSR adalah sangat kompetitif dan
lazimnya pembida akan disokong oleh kerajaan masing-masing.
”Untuk itu, pakej pembiayaan juga sangat kompetitif di mana
faedah pada kadar sifar atau 0.1 peratus bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Menurutnya, tidak lama dahulu, sebuah syarikat Jepun
memenangi projek HSR di India dengan pakej pembiayaan 0.1 peratus faedah bagi
tempoh 50 tahun dengan 15 tahun moratorium (atau penundaan pembayaran).
”Projek HSR Malaysia-Singapura yang berprofil tinggi ini
menarik perhatian pembida yang agresif dari seluruh dunia.
”Sebab itu, adalah mengecewakan apabila menerima jawapan
dari PH terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion.
Apabila disoal, Azmin Ali hanya mampu menjawab kos RM110
bilion adalah kos anggaran mereka dan ia mencakupi kos tersembunyi yang tidak
dihuraikan biarpun tender yang akan diputuskan oleh agensi kedua-dua negara
belum ditutup, kos belum dimuktamadkan dan pakej pembiayaan masih tidak diketahui.
”Adakah anda (Azmin) berkata, Kerajaan Singapura
menyembunyikan ‘kos terselindung’ ini.
Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan kepada Dewan
Rakyat, perkiraan kos keseluruhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)
Malaysia-Singapura mencecah RM110 bilion.
– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel