Connect with us

Berita Lain

Projek HSR RM110 Bilion, BN Sorok Kos Tersembunyi – Azmin


KUALA LUMPUR, 18 Julai — Kerajaan terdahulu di bawah
pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kos tersembunyi berhubung
projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Dewan Rakyat
diberitahu hari ini.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata anggaran kos sebenar projek itu berjumlah RM110 bilion dan bukannya
RM55 bilion seperti yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini.
“Kos RM55 bilion yang disebutkan tadi ialah kos projek.
Tetapi, banyak juga kos tersembunyi yang tidak didedahkan kerajaan sebelum  ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini
bertanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan kos pembinaan projek ini,”
katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong
(BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengapa anggaran kos yang didedahkan terlalu
tinggi iaitu hampir dua kali ganda berbanding kos asal yang diumumkan.
Mohamed Azmin, yang juga anggota parlimen Gombak, berkata
kerajaan juga sedang meneliti kemampuan kewangan untuk membiayai projek HSR itu
dengan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama kerajaan
Singapura.
“Kita akan lihat kemampuan kerajaan untuk membiayai projek
ini. Itu sebab perkara ini tidak dapat dilaksanakan dalam suasana ekonomi pada
hari ini.
“Maka kerajaan mengambil pendirian berbincang dengan
kerajaan Singapura bagi memastikan  semua
terma dalam perjanjian ini dipatuhi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(BN-Bagan Datuk) megenai aspek yang dikaji berhubung projek tersebut, Mohamed
Azmin berkata peguam negara Tommy Thomas telah menyemak kandungan Perjanjian
Dua Hala Projek HSR yang ditandatangani pada 13 Dis 2016 dan berpendapat
perkara itu mesti diselesaikan mengikut undang-undang yang juga melibatkan
rundingan dua hala.
“Berdasarkan kepada nasihat peguam negara, kita sedang
meneliti semua opsyen yang ada,” katanya.
Beliau berkata perjanjian projek tersebut juga menyediakan
klausa untuk mana-mana pihak membatalkan projek tersebut, namun tertakluk
kepada syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut. — Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel