Connect with us

Berita Lain

Puteri Umno desak kerajaan PH tunai janji

    Datuk Zahida Zarik Khan


KUALA LUMPUR – Puteri Umno mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan semua janji dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.


Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, disaat bulan madu ‘100 hari’ hampir tamat, janji-janji PH masih belum dilaksanakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata, disaat gaji mininum RM1500 belum dilaksana, PTPTN masih lagi perlu dibayar, tol masih belum dimansuhkan, tanggungan orang muda kian bertambah.


“Pihak kerajaan ‘Malaysia Baharu’ sepatutnya memberikan jalan penyelesaian bukan sekadar umum peratusan cukai yang akan dikutip daripada rakyat,”ujarnya.


Beliau mempersoalkan kesan langsung cukai Sales and Services Tax (SST) susulan dua kenyataan berbeza dikeluarkan pakar ekonomi dan Menteri Kewangan.


“Di peringkat pemerhati ekonomi, pelaksanaan SST 10 peratus dilihat akan meningkatkan harga kereta dan harga barangan dengan lebihan 4 peratus berbanding GST 6 peratus.


Manakala dari sudut pandang Kerajaan, SST akan menurunkan harga barang. Jadi, kenyataan mana satu yang mahu diterima pakai?,”soalnya.


Beliau berkata sebagai orang muda, kelengkapan seperti rumah, kenderaan dan pekerjaan menjadi paksi kehidupan.


“Sekiranya SST dilaksanakan, adakah ia menjadi khabar gembira bagi orang muda di zaman kos hidup yang semakin meningkat?,” tambahnya.


Selain itu katanya SST dikenakan di satu peringkat iaitu kepada pengeluar dan akan menyumbang hanya RM21 bilion berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Jelas hasil kutipan kepada Kerajaan pasti akan berkurangan berbanding RM44 bilion hasil kerajaan melaui GST pada 2017 dan RM41 bilion pada 2016.


Risiko kehilangan pendapatan akibat ‘ketirisan’ daripada pengusaha ‘lari cukai’ juga sangat tinggi,”katanya.


Beliau juga mempersoalkan bagaimana kerajaan mampu memberi faedah atau pulangan kepada rakyat dengan kutipan cukai yang rendah.


“Adakah gaji akan dinaikkan atau mungkin akan wujud bantuan-bantuan rakyat sebagaimana Kerajaan terdahulu seperti BR1M, Bantuan Nelayan, Baucar Buku, Bantuan Awal persekolahan dan banyak lagi, “katanya.


Tambahnya, kerajaan tidak perlu menggunakan alasan ‘Manifesto bukan Kitab Suci’ untuk lari dan tidak menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel