Connect with us

Berita Lain

Zahid Salahkan Legasi Dr M Atas Kekalahan BN

Ahmad Zahid Hamidi – Foto: TMI

Ketua pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalahkan
legasi yang ditinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kali pertama menjadi
perdana menteri, sebagai sebahagian daripada punca kekalahan Umno pada PRU
ke-14.
Dalam perbahasan titah Yang di-Petuan Agong di Dewan Rakyat
hari ini, Zahid berkata Mahathir meninggalkan beban besar – termasuk projek
yang membawa hutang kepada negara – kepada penggantinya selepas berundur pada
2002.
“Detik 9 Mei adalah satu tragedi, mimpi buruk. Namun
kita harus akui, 22 tahun daripada 61 tahun pemerintahan kerajaan dulu
(dipegang) orang yang memerintah (sekarang) – satu pertiga daripada tempoh itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perdana menteri selepas itu terpaksa menanggung legasi
termasuk projek dengan hutang besar yang membebankan kerajaan dan rakyat,”
kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Bagaimanapun, katanya lagi, tiada perasaan marah dan tiada
yang membangkitkan kebencian terhadap Mahathir.
RSN Rayer (DAP-Jelutong) kemudian bangun dan bertanya sama
ada skandal 1MDB juga merupakan legasi Mahathir.
Rayer kemudian berulang kali meminta kebenaran Zahid untuk
mencelah tetapi tidak dilayan.
Melihat perkara itu, Datuk Bung Moktar Radin
(BN-Kinabatangan) bangun dan berkata Rayer “minum todi” yang
membangkitkan kemarahan anggota parlimen DAP itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Rayer kemudian menggesa Bung menarik balik kenyataan itu
namun beliau enggan berbuat demikian.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyertai
pertelingkahan dengan membela Najib – berkata seseorang itu tidak bersalah
selagi tidak dibuktikan di mahkamah.
Naib presiden Umno itu berkata ramai yang membuat keputusan
awal, walaupun belum ada yang dijatuhkan sabitan bersalah dalam kes berkaitan
1MDB.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) kemudian menambah bahawa
HARAPAN hanya mencari kesalahan pihak lain.
Ketika ditemui di lobi Parlimen kemudian, Zahid menggesa
anggota parlimen HARAPAN agar meneliti peraturan mesyuarat.
“Mereka tidak boleh mencelah begitu saja, mereka bukan
lagi pembangkang.
“Mereka kini kerajaan dan patut berkelakuan seperti
kerajaan,” katanya lagi. 
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel