Connect with us

Berita Lain

Durian RM1 Sebiji Licin Dalam Masa 15 Minit Di Kulim


KULIM: Tidak sampai 15 minit lori sampai di tapak gerai dan
bakul durian diturunkan, habis semuanya direbut orang gara-gara raja buah itu
yang dijual dengan harga serendah RM1 sebiji.
Penjual durian Aizawati Abdul Latib, 34, berkata sejak
durian kampungnya dijual dengan harga murah di Taman Mutiara, Sungai Kob di
sini mula tular dalam laman sosial beberapa hari lalu, permintaan terhadap buah
berduri itu semakin meningkat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami jual RM1 sebiji sebab buahnya jenis durian
kampung yang bersaiz kecil, namun isinya tetap baik dan sedap serta dalam masa
sama, mahu semua orang termasuk yang agak tidak berkemampuan dapat merasa
durian yang baik.
“Orang berebut sebab kami jual tak banyak dan jumlah
durian RM1 bergantung kepada berapa banyak yang kami dapat daripada pembekal di
Balik Pulau, Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata setiap hari sekurang-kurangnya beliau akan
menjual empat bakul besar dengan anggaran 70 biji durian satu bakul, termasuk
durian jenis lain yang dijual sekitar RM 3 hingga RM35 sekilogram.
“Antaranya ialah D14 (RM12 sekilogram), D15 (RM18
sekilogram), Kacang Hijau (RM18 sekilogram) dan Kimpo (RM35 sekilogram)
manakala durian kampung pula dijual antara RM3 hingga RM10 sekilogram.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Secara kasar, kami menjual sekurang-kurangnya dua tan
pelbagai jenis variati durian kampung dan kahwin setiap hari,” katanya.
Aizawati memberi jaminan yang pembeli boleh datang menukar
durian baharu sekiranya buah yang dibeli pada mulanya tidak elok, selain turut
menyediakan perkhidmatan mengopek durian untuk disimpan ke dalam bekas plastik
bagi memudahkan pelanggan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel