Connect with us

Berita Lain

Lokman Adam Calon Sesuai, Lantang Suarakan Keluhan Rakyat – Mohamad Hasan


SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam
dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PIlihan Raya Kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kerana beliau mempunyai pengalaman politik
di kedua-dua belah pihak.
Malah, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan
ketika mengumumkan perkara itu pada Jumaat berkata, Lokman dipilih memandangkan
beliau lantang menyuarakan isu rakyat.
“Lokman merupakan seorang aktivis masyarakat, beliau banyak
berkecimpung dalam pertubuhan bukan kerajaan, dan kebelakangan ini lantang
menyuarakan isu rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita harap isu-isu yang akan dibawa ini dapat membuka mata
pengundi,” katanya kepada sidang media di Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK
DUN Sungai Kandis di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di Kota Kamunindi sini.
Semalam Pakatan Harapan telah mengumumkan Mohd Zawawi Ahmad
Mughni sebagai calon di bawah bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pilihan
raya itu.
Pemilihan Mohd Zawawi, 48 tahun, diumumkan Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Pelancaran Jentera PKR di
Padang Rakyat, Jalan Kebun di sini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau mengharapkan
pengundi di DUN ini dapat membuat keputusan yang lebih rasional dalam memilih
wakil mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ujarnya lagi, PRK Sungai Kandis ini merupakan pentas terbaik
untuk BN menjalankan ujian bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap
parti itu.
Sementara itu, Lokman berkata, PRK ini juga merupakan wadah
terbaik untuk rakyat menyuarakan ketidakpuashatian yang berlaku apabila sudah
mula timbul pertikaian-pertikaian mengenai hak-hak istimewa Melayu, Bumiputera,
Islam dan Bahasa Melayu.
Menurutnya lagi, sudah tiba masanya untuk rakyat memutuskan
sama ada berpuas hati dengan tindakan sesetengah daripada janji parti untuk
rakyat termasuk hak orang Melayu, kedudukan Bahasa Malaysia sepertu yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya juga yakin ramai nak terjemahkan perasaan terhadap apa
yang dilakukan kepada Agong,” katanya lagi.

– Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel