Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Harus Tegas, Konsisten Tangani Isu Palestin – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah
Anwar menggesa kerajaan agar berpendirian tegas dan konsisten dalam menangani
isu rakyat Palestin yang dizalimi rejim Israel.
Beliau turut meminta kerajaan supaya mengajak semua lapisan
rakyat Malaysia termasuk syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan, dermawan
dalam dan luar negara serta kerajaan Emiriah Arab Bersatu  (UAE), Arab Saudi dan Qatar, bagi
menghulurkan bantuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita mahukan langkah konkrit bukan sekadar kecaman
semata-mata, malah termasuk memastikan 700 buah sekolah yang menempatkan
pelarian Gaza dan Palestin akan terus berfungsi,” katanya kepada Bernama  di sini hari ini.
Katanya, setakat ini masih tidak ada jawapan tuntas yang
diperolehnya daripada Kementerian Luar mengenai isu tersebut.
Terdahulu, beliau membahaskan usul mengenai tindakan
Malaysia mengenai isu pelanggaran hak kemanusiaan dan kekejaman terhadap
Palestin oleh Israel di dalam kamar khas, di Bangunan Parlimen.
Usul itu dibentangkan di hadapan Timbalan Yang Dipertua
Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan didengari beberapa Anggota Parlimen
termasuk Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dan Ahmad Tarmizi Sulaiman
(PAS-Sik).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Perbahasan Nurul Izzah dijawab Timbalan Menteri Luar Marzuki
Yahaya.
Bercakap kepada Bernama di luar kamar, Marzuki berkata
kerajaan menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Nurul Izzah dalam isu
tersebut.
Katanya, kerajaan juga telah melakukan beberapa langkah
termasuk menyalurkan bantuan peralatan 
perubatan kepada rakyat Palestin dan membawa isu tersebut ke perhatian
masyarakat antarabangsa seperti di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel